Manfaat dan khasiat daun nangka untuk kesihatan dan kecantikan. Daun nangka mempunyai khasiat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Pokok nangka bukan lah tumbuhan yang sukar dijumpa terutama mereka yang tinggal di kawasan luar banda. Siapa tahu sebenarnya daun nangka mempunyai manfaat untuk kesihatan.
Daun Nangka |
Pokok nanga merupakan tumbuhan beriklim katulistiwa atau tropikal. Jadi tidak asing lagi pokok ini mudah ditemukan dimana-mana terutama negara kita Malysia. Buah nangka juga menjadi salah satu buah-buahan yang popular dalam kalangan peminat buah. Baun buah yang enak serta isinya yang manis diminati serta biji nangka yang direbus bersama air garam enak dimakan dan dijadikan kudap-kudapan.
Namun siapa tahu, selain buah dan biji nagka yang dapat dimakan, kandungan pada daun nangka juga banyak memberi manfaat untuk kesihatan. Daun nangka berpotensi mengawal dan mencegah penularan penyakit yang dihidapi. Amalan ini amat sesuai bagi peminat herba tradisional untuk merawat penyakit. Berikut beberpa manfaat dan khasiat daun nangka dan air rebusanya untuk kesihatan.
Manfaat dan khasiat daun nangka untuk kesihatan dan kecantikan:
Mengurangi Kandungan Gula Dalam Darah
Ekstrak pada daun nangka mempunyai kesan hipoglikemik yang dapat mengurangi kandungan gula dalam darah selepas makan. Ujikaji dan penelitian telah dijalankan kepada haiwan iaitu pada tikus yang menghidap kencing manis atau diabetes. Hasil ujian tersebut dapat disimpulkan bahawa, dengan meminum air rebusan daun nangka dapat menurunkan kandungan gula dalam darah.
Merawat Luka Penghidap Kencing Manis atau Diabetes
Penelitian yang dijalankan menunjukan manfaat yang terkandung dalam daun nangka mampu merawat luka yang semakin parah disebabkan kencing manis. Ekstrak daun nangka dapat bertindak sebagai penyembuh luka. Ekstrak daun nangka juga setanding antiseptik. Kandungan mineral dalam ekstrak daun nangka dapat membantu proses pertumbuhan sel kulit yang bahru. Cara mengamalkan dengan meminum air rebusan daun nangka dan lumatkan daun nagka dan sapukan pada bahagian luka. Jika luka terlalu dalam sebaiknya hanya dengan meminum air rebusanya sahaja.
Merawat Masalah Kulit Wajah
Seakan bijinya, daun nangka juga memiliki manfaat serta khasiat yang sama. Di dalam daun nangka terkandung antioksidan dan anti inflamasi yang sangat baik untuk merawat dan memperbaiki jaringan dan sel-sel kulit yang rosak dan mati. Parut jerawat, bintik hitam dan kesan luka pada wajah dapat diatasi dengan daun nangka. Bahkan daun nangka bermanfaat untuk menanggalkan sel-sel mati di muka. Cara menggunakan daun nangka adalah dengan menghaluskan atau melumatkan dan dijadikan masker. Cara lainya adalah rutin membersihkan muka dengan air rebusan daun nangka.
Inilah 3 manfaat dan khasiat daun nangka untuk kesihatan yang dapat dikongsikan pada kali ini. Terdapat banyak lagi manfaat daun nangka yang belum diketahui secara umum. Kami percaya setiap tumbuhan punya cerita.
Terima kasih atas kunjungan anda untuk meluangkan masa membaca artikel ini. Jika ada kesilapan dan kesalahan dalam penyampaian maklumat dan informasi berkaitan manfaat daun nangka kami memohon maaf. Kita jumpa lagi dilain artikel.
Ulasan
Catat Ulasan