Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar.
Pokok Sekentut |
Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain.
Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina.
Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan:
Kembung Perut
Caranya cukup mudah iaitu dengan mengambil 25 helai daun sekentut dan dikukus lebih kurang 10 minit dan dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam. Cara lain, boleh juga dilayurkan di atas api sehingga layu dan diikatkan di bahagian perut.
Mata Terasa Panas dan Bengkak
Caranya dengan mengambil beberapa daun sekentut dan dicuci bersih lalu rebusan sehingga air mendidih dan hulurkan muka sehingga terkena wap air rebusan tersebut dengan kedudukan yang selamat tidak terlalu dekat atau jauh dan ambil daun yang direbus dibungkus dengan kain lalu dijemah ke mata sehingga daun menyejuk.
Kayap Ular
Caranya tumbuk daun sekentut yang telah dicuci bersih sehingga lumat dan tambahan air dan garam lalu campuran ini bolehlah dilumurkan pada bahagian yang terkena kayap ular.
Kulit Gatal
Caranya ambil daun sekentut sekali dengan batang yang menjalar lalu digiling halus atau digumpal dan ditumbuk dan sapukan pada bahagian yang gatal.
Kekurangan Zat Makanan pada Bayi dan Kanak-kanak Akibat Masalah Pencernaan
Caranya sangat mudah iaitu umpalkan daun sekentut yang telah dicuci bersih dan sapukan pada perut bayi. Bagi untuk kanak-kanak boleh diberikan air rebusan daun sekentut.
Melawaskan Kencing dan Kentut
Caranya rebus beberapa helai daun sekentut yang dicuci bersih dan airnya diminum. Jangan lupa air rebusan tersebut mesti dihabiskan dalam sehari.
Menambah Selera Makan
Caranya boleh campur daun sekentut di dalam sayuran atau dijadikan sebagai ulam-ulaman yang dimakan dengan nasi bersama sambal belacan atau budu.
Inilah antara beberapa khasiat yang boleh dijadikan ubat alternatif yang mungkin boleh dicuba. Khasiat yang terkandung pada daun sekentut ini diperolehi daripada sumber ilmiah dan beberapa sumber yang boleh dipercayai. Mungkin banyak lagi manfaat daripada tumbuhan ini yang mungkin belum diketahui.
Ulasan
Catat Ulasan