Pokok Daun Sirih |
Daun sirih atau Piper betle merupakan sejenis daun berwarna hijau tua dan kuning keemasan yang mempunyai bentuk seperti hati dan merupakan tumbuhan rambatan yang tergolong di dalam famili Piperaceae. Di zaman silam, masyarakat di negara India telah menggunakan daun sirih dalam ritual keagamaan kerana dianggap sebagai daun yang dapat memberikan keberuntungan. Seperti di negara kita sendiri iaitu Malaysia, daun sirih adalah satu kewajipan dalam adat-stiadat dalam majlis tertentu masyarakat melayu seperti sirih junjung yang digunakan untuk majlis merisik, meminang dan perkahwinan adat melayu.
Daun sirih umummya ditanam secara meluas di beberapa negara seperti Sri Lanka, India, Afrika Timur, kepulauan Filipina, Indonesia dan Malaysia. Daun sirih selalunya dikunyah oleh orang-orang lama yang dicampur dengan pinang, gambir dan kabur. Lalu, betulkah bahawa daun sirih bermanfaat untuk kesihatan gigi? jawapanya adalah betul inilah alasan kenapa gigi orang-orang tua yang mengunyah sirih itu kukuh walau diri dimakan usia. Apa lagi manfaat daun sirih selain yang disebutkan. Berikut beberapa manfaat daun sirih yang mungkin belum anda ketahui.
Kandungan di Dalam Daun Sirih;
- Daun sirih merupakan salah satu tanaman yang mengandungi banyak air. Kandungan air daun sirih lebih kurang 85-90% air.
- Daun sirih juga tumbuhan yang rendah kalori dan lemak. Daripada 100g (gram) daun sirih hanya mengandungi 44 kalori dan 0.4-1% lemak. Manakala protein yang terkandung hanyalah 3% / 100g daun sirih.
Manfaat Daun Sirih;
Menurunkan Kandungan Gula pada Penghidap Kencing Manis atau Diabetes Tahap 1&2
Hasil kajian menyatakan bahawa dengan meminum air rebusan daun sirih atau daun sirih yang dikeringkan kemudianya dihaluskan menjadi serbuk. Boleh membantu menurunkan kandungan gula di dalam darah pada orang yang baru menghidap kencing manis ditahap 1 & 2. Kajian juga menunukan bahawa daun sirih tidak mempunyai kesan sampingan yang tidak perlu dirisaukan.
Menurunkan Kolesterol dan Tekanan Darah
Anti-oksidan Eugenol yang bertindak untuk melawan radikal bebas penyebab kepada tekanan atau stres. Manfaat daun sirih yang berkait dengan perkara ini adalah menurunkan kandungan tigliserda dan kolesterol (LDL) dan lemak jahat dalam tubuh badan manusia. Daun sirih juga diketahui membantu mengurangi jumlah lemak didalam saluran darah.
Mencegah dan Merawat Kenser
Anti-oksidan Eugenol yang terkandung dalam rebusan daun sirih dapat membantu melawan radikal bebas yang menjadi penyebab kepada kenser. Daun Sirih merupakan sumber anti-oksidan yang sangat baik menetralkan radikal bebas dan melawan stres oksidatif. Hal ini akan merencatkan pertumbuhan sel kenser dan mencegah sel kenser merebak ke organ yang lain.
Mempercepat Penyembuhan Luka Melecur
Daun sirih adalah antiseptik yang sangat baik, sebagai perlindungan berganda dari jangkitan kuman kerana kandungan polifenolnya.
Membantu Mengawal Masalah Tekanan
Daun sirih yang mengandungi senyawa Fenolik Aromatik yang merangsang pelepasan katekolamin. Berkait rapat dengan rendahnya tingkat katekolamin dalam tubuh badan dan peningkatan kepada risiko tekanan. Mengunyah daun sirih adalah cara mudah untuk mencegah tekanan. Dalam satu penelitian menyatakan, dengan mengunyah daun sirih atau meminum air rebusan daun sirih dapat memacu otak untuk menghasilkan hormon ketenangan serotonin yang lebih banyak.
Menjaga Kesihatan Mulut dan Gigi
Mengunyah daun sirih dan ataupun berkumur dengan air rebusan daun sirih telah terbukti mampu menghambat pembikan kuman di dalam mulut. Tidak hanya itu, daun sirih juga bermanfaat untuk mencegah gigi berlubang dengan mencegah ke asaman yang dihasilkan kuman. Daun sirih mengandungi banyak agen antimikroba, efektif memerangi sejumlah bakteria yang berada dalam mulut yang menghasilkan bau mulut, masalah gigi berlubang, karam gigi dan kerosakan gigi.
Memiliki Sifat Antiseptik dan Anti-kulat / Panau
Daun sirih memiliki sifat antiseptik yang luar biasa kerana kaya dengan polifenol terutama Chavicol yang memberi perlindungan dari ganguan kuman. Daun sirih juga digunakan dalam mengubati lenguh sendi dan orkitis. Sifat anti-kulat dapat mengatasi jangkitan kulat dengn kadar segera. Menyapukan krim daun sirih pada bahagian yang terkena jangkitan kulat atau panau dapat mengurangi masalah panau tersebut.
Menjaga Saluran Pencernaan
Daun sirih dikatakan boleh membantu meningkatkan penghasilan cairan yang melindungi kesihatan saluran pencernaan. Penghasilan cairan akan mencegah luka pada bahagian usus dan perut disebabkan beberapa faktor. Mengunyah daun sirih setelah makan sangat dianjurkan kerana daun sirih mampu mengatasi kembung perut dan dapat membantu melindungi usus. Daun sirih juga dapat mengatasi metabolisma dan dapat merangsang usus dalam penyerapan vitamin dan nutrisi penting.
Meningkatkan dan Membekalkan Tenaga
Mengunyah daun sirih dan buah pinang dipercayai dapat meningkatkan tenaga. Ini kerana buah pinang mengandungi zat aktif yang bertindak seperti bahan nikotin, alkohol dan kafein untuk merangsang tubuh menghasilkan hormon adrenalin. Peningkatan hormon adrenalin membuat seseorang itu lebih fokus dan berwaspada serta lebih bertenaga.
Mengubati Hidung Berdarah
Anti-oksidan tannin dalam daun sirih mempercepatkan tindak balas tubuh badan untuk merawat luka, dengan memberhentikan darah lebih cepat dan menutup lukaan pembuluh darah dalam hidung. Ambil daun sirih, lipat atau gulung dan sumbat pada hidung yang berdarah dengan berbaring beberapa minit.
Setakat ini sahaja untuk perkongsian pada kali ini, inilah dia 10 manfaat daun sirih yang boleh kita amalkan dan sebagai informasi tambahan. Perlu diketahui Pokok atau daun sirih ini mempunyai segunung manfaat, mungkin dikesempatan lain saya akan berkongsi tentang manfaat lain daun sirih sebagai pengetahuan untuk kita bersama.
Terima kasih dan sekalung penghargaan buat anda semua kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel yang ditulis oleh saya. Sebarang kesalahan dalam penyampaian informasi di atas saya memohon maaf. Jangan lupa kongsikan ilmu yang bermanfaat ini. Kami percaya setiap tumbuhan punya cerita.
Ulasan
Catat Ulasan