Bunga Ruellia Unggu, Putih dan Pink |
Pokok Bunga Kencana atau Ruellia merupakan bunga jenis rumputan liar. Mudah ditemukan di padang rumput. Pokok ini didalam famili Acanthaceae yang mempunyai bunga yang pelbagai warna seperti unggu (Ruellia Simplex), putih (White dwarf Ruellia) dan pink ( Ruellia Tuberosa).
Pokok ini sangat senang membiak dengan dua cara iaitu melalui keratan batang dan bijih benih, Bagi bunga berwarna putih dan pink akan mengeluarkan biji selepas berbunga. Apabila bijih benih matang ianya akan meletup. atau terkena air, akan tetapi bagi berwarna unggu tidak mengeluarkan biji. Sayangnya tempoh mekar bungga ini hanyalah sehari lalu bunganya akan layur dan gugur ke tanah.
Pokok Bunga Kencana ini mempunyai ketinggian mencapai 1 meter panjang dan tumbuh meliar, tetapi kini pokok ini ditanam sebagai tanaman hiasan, mungkin semua pernah melihatnya cuma kurang mengenali nama tumbuhan satu ini.
Pokok Bunga Kencana |
Manfaat
Pokok Bunga Kencana atau Ruellia ini tidak kalah hebatnya dengan tanaman herba yang lain. Pokok ini memberikan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan manusia dan penawar untuk beberapa penyakit.
- Menormalkan kadar gula dalam darah. Daun bunga Kencana unggu boleh digunakan untuk menurunkan kadar gula dalam darah terutama bagi yang menghdap kencing manis. Caranya dengan merebus daunya kemudian tapiskan dan terus diminum.
- Menggubati batuk kering yang disebabkan perubahan cuaca. Batuk boleh mengganggu aktiviti harian dan susah untuk tidur ditambah keadaan cuaca yang tidak menentu terutama dimusim hujan. Cara mengatasinya adalah rutin meminum air rebusan daun bunga Kencana unggu.
- Mengatasi rasa gatal pada kulit. Rasal gatal pada kulit menyebabkan kita menjadi kurang selesa. Caranya adalah dengan menyapukan bunga Kencana berwarna unggu paga kawasan yang terasa gatal.
- Menggawal pendarahan. Pendarahan disebabkan luka luaran dan dalaman boleh membahayakan keselamatan diri. Pendaraan dapat dicegah dengan cara memakan bunga Kencana unggu.
- Mengubati rasa demam. Demam biasanya berlaku dikeranakan tindak balas anti-body didalam diri kita. Cara untuk mengatasi demam iaitu memakan bunga Kencana unggu.
Amaran
Tumbuhan ini tidak boleh diamalkan secara berlebihan kerana akan mendatangkan kemudaratan pada diri kita sendiri. Penggambilan di atas had 5000mg/kg dapat menyebabkan keracunan. Tubuh kita hanya memerlukan sekitar 500mg/kg sahaja dalam satu-satu masa selebinya akan dikeluarkan.
Bunga Kencana Koleksi Penulis |
Penanaman dan Penjagaan
Penanaman dan penjagaan pokok bunga Kencana ini sangat mudah dibiarkan begitu juga boleh hidup. Melalui keratan batangnya bunga ini mudah mengeluarkan tunas yang baru dan cepat berbunga. Pokoknya sesuai ditanam dan ditempatkan dikawasan redup dan terdedah kearah sinaran matahari langsung.
Ulasan
Catat Ulasan