Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar. Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Perut
Manfaat dan khasiat pokok sambung nyawa. Pokok sambung nyawa merupakan tumbuhan asli Malaysia yang biasanya dijadikan ulam-ulaman oleh masyarakat tempatan. Olahan dari pokok sambung nyawa ini boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.
Pokok Sambung Nyawa |
Dari zaman dahulu pokok sambung nyawa digunakan dalam perubatan tradisional dikeranakan pokok sambung nyawa ini banyak mempunyai manfaat dan khasiat. Pokok sambung nyawa atau daun senyawa ini mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.
Ciri-ciri pokok sambung nyawa ialah daunya yang berwarna hijau dengan bentuk daun agak meruncing dan bergeligi. Namun ada juga yang berwarna unggu gelap. Khasiat pokok sambung nyawa bigitu banyak. Disini desertakan beberapa manfaat daripada tumbuhan ini.
Manfaat dan Khasiat Pokok Sambung Nyawa:
Mengubati Penyakit Kencing Manis atau Diabetes
Pokok sambung nyawa dipercaya boleh mengubati masalah kencing manis atau diabetes. Cara menggunakan pokok sambung nyawa adalah dengan mengambil 7 helai daun sambung nyawa kemudian cuci dengan air yang mengalir untuk menghilangkan debu yang melekat pada daun. Selepas itu boleh terus dimakan atau dijadian ulam. Seeloknya makan 2 kali sehari.
Mengubati Darah Tinggi
Pokok sambung nyawa ternyata mampu untuk penyakit darah tinggi. Cara untuk memanfaatkan pokok sambung nyawa untuk masalah darah tinggi adalah dengan dijadikan ulam atau boleh juga dijadikan sayur tumis atau boleh juga dijadikan jus daun sambung nyawa.
Merawat penyakit Ketumbuhan
Pokok sambung nyawa berpotensi untuk menyembuhkan ketumbuhan. Petik 3 helai daun sambung nyawa dan bersihkan dan makan secara rutin. Perlu diingatkan bagi penghidap penyakit ini untuk berpantang beberapa jenis makanan seperti ikan masin, nenas, kangkung, sawi putih, cili dan kacang togel.
Mengawal Kolestrol Tinggi
Masalah kolestrol tinggi sering dihidapi oleh kebanyakan tanpa mengira saiz dan berat badan seseorang. Pokok sambung nyawa juga mampu untuk mengawal kolestrol dalam darah. Ambil 3 helai daun sambung nyawa dan bersihkan. Amalkan dengan rutin memakan daun sambung nyawa untuk mengubati masalah kolestrol tinggi.
Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Tidak disangka bahawa kesihatan buah pinggan boleh dijaga dengan khasiat daripada pokok sambung nyawa. Cara mengamalkanya dengan cara merebus daun sambung nyawa dan minum air rebusan 2 kali sehari atau boleh juga terus dijadikan jus dan meminumnya.
Merawat Masalah Kulit
Masalah kulit seperti bisul atau kesan luka gigitan ular boleh diubati dengan pokok sambung nyawa. Cara penggunaanya adalah dengan menghaluskan atau melumatkan 10 helai daun sambung nyawa dan tampal pada bahagian yang disebutkan dan biarkan selama 15 minit.
Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah
Lebihan glukosa atau kandungan gula dalam darah dapat mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Manfaat yang terkandung di dalam pokok sambung nyawa ini berkhasiat untuk menurunkan kandungan gula dalam darah. Cara penggunaanya juga beragam seperti dimakan terus sebagai ulam atau dijadikan jus dan boleh juga direbus dan minum air rebusanya. Seelok-eloknya di amalkan 2 kali sehari dalam jumlah yang diperlukan dan elakkan mengamalkan secara berlebihan.
Menggubati Masalah Hidung Tersumbat atau Penyakit Sinusitis
Daun sambung nyawa mengandungi sifat anti alergy, bersifat anti peradangan dan anti bakteri sehingga daun sambung nyawa dapat melegakan gejala masalah hidung tersumbat atau gejala sinusitis. Cara mengamalkan adalah dengan rutin memakan daun tersebut sebagai ulam. Ada baiknya dengan memakan 3 helai daun sekali makan 2 kali sehari.
Mencegah Risiko Barah atau Kanser
Daun sambung nyawa ini sudah di gunakan masyarakat seluruh dunia sejak ratusan tahun dahulu untuk mencegah barah atau kanser. Penelitian moden membuktikan daun sambung nyawa terbukti memang boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan memcegah sel-sel kanser dari merebak bagi penghidap kanser dan menghambat pertumbuhan sel kanser. Cara penggunaanyapun sama seperti yang lain iaitu jadikan pucuk sambung nyawa sebagai ulam.
Mengatasi Masalah Pencernaan
Daun sambung nyawa telah selalu digunakan oleh orang-orang terdahulu untuk mengubati masalah berkaitan dengan masalah pencernaan. Hal ini telah dibuktikan oleh pengamal perubatan moden bahawa estrak daun sambung nyawa bersifat melindungi dinding perut sehingga gangguan pada pencernaan dapat dibatasi. Caranya dengan menjadikan daun sambungnyawa sebagai ulam.
Menjaga Kesihatan Otak
Senyawa-senyawa aktif yang terkandung dalam pokok sambung nyawa bersifat antioksidan yang menghalang kepada radikal bebas secara tidak sengaja pokok ini dapat menjaga kesihatan otak. Rutin memakan pucuk sambung nyawa dapat mencegah masalah pada bahagian otak.
Riwayat dalam perubatan tradisional, penggubatan menggunakan manfaat dan khasiat pokok sambung nyawa. Adalah lebih baik untuk menggubati sebarang penyakit menggunakan kaedah perubatan moden. Tidak dinafikan perubatan tradisional boleh diamalkan sekadar alternatif kepada perubatan sesuatu penyakit ditahap yang awal. Jika penyakit yang membahaya lebih elok untuk dapatkan nasihat daripada pakar perubatan.
Inilah 11 manfaat dan khasiat pokok sambung nyawa yang dapat dikongsikan pada kali ini. Semoga dapat menjadi informasi yang bermanfaat untuk pengetahuan kita bersama. Kami percaya setiap tumbuhan punya cerita.
Ulasan
Catat Ulasan