Langkau ke kandungan utama

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar.  Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Perut

Manfaat kulit durian untuk kesihatan dan kecantikan

Manfaat kulit durian untuk kesihatan dan kecantikan. Anda tidak akan pernah membuang kulit durian selepas mengetahui rahsia yang bermanfaat yang telah lama disembunyikan dibalik tajamnya kulit durian.

Buah dan Kulit Durian

Buah Durian merupakan raja kepada buah-buahan. Tidak hairanlah di negara kita buah durian menjadi buah kegemaran setiap masyarakat tidak mengira bangsa. Isinya yang kuning dengan aroma bau yang menyelerakan dapat memikat sesiapa sahaja. Akan tetapi segelintir masyarakat tidak menyukai buah yang satu ini kerana aromanya yang dikatakan sangat busuk. Berbalik kepada cita rasa masing-masing.

Namun begitu tahukah anda bahawa sebenarnya selain isinya yang memikat selera kulit durian juga memberikan manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Jika anda mengetahui tentang manfaat kulit durian untuk kesihatan dan kecantikan pasti selepas ini terasa sayang untuk dibuang kulitnya. Berikut beberapa manfaat kulit durian untuk kesihatan dan kecantikan yang telah saya senaraikan untuk pengetahuan bersama.


 Manfaat Kulit Durian Untuk Kesihatan dan Kecantikan:

Mengubati Sakit perut

    Jika anda mengalami sakit perut atau ahli keluarga anda merasakan sakit perut dan anda memiliki buah durian. Ada manfaat yang jarang orang mengetahui bahawa kulit durian boleh dijadikan sebagai ubat sakit perut. Caranya juga mudah,ambil bahagian putih di dalam kulit durian dan lumatkan dan sapukan pada bahagian perut yang terasa sakit lalu biarkan selama 10-15 minit. Rasa sakit pada bahagian perut akan beransur hilang.

Mengubati Bisul

    Bisul sangat menggangu pergerakan dan penampilan. Menyebabkan rasa kurang selesa untuk melakukan aktiviti dan kurang percaya diri. Tapi ada cara untuk mengatasi masalah ini. Anda boleh manfaatkan kulit durian untuk mengubati bisul. Cara untuk mengubati bisul sangatlah mudah, ambil kulit durian dan bakar kemudian haluskan lalu sapukan serbuk kulit durian tersebut pada bahagian yang mempunyai bisul. Boleh dilakukan dengan sapu 2 kali di waktu pagi dan 2 kali pada waktu petang secara rutin.

Meningkatkan Daya Tahan Tubuh Badan

    Kandungan antioksidan dalam kulit durian dapat meningkatkan imunisasi pada tubuh badan. Kulit durian mampu menghalang virus dan penyakitnya di tubuh badan anda. Caranya dengan hanya memakan bahagian putih kulit durian yang lembu.

Mengatasi Masalah Sembelit

    Mengalami sembelit sangat menjadikan kita tidak selesa dan aktiviti lainya juga akan terganggu. Untuk mengatasi masalah sembelit ini anda boleh mengubati dengan menggunakan ubatan semulajadi iaitu dengan menggunakan kulit durian. Ambil bahagian dalam kulit durian dan haluskan dan campurkan dengan sedikit madu dan makan dalam jumlah yang sikit dan jangan secara berlebihan.

Membekalkan Tenaga

    Durian mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi tak hanya isinya kulit buah durian memiliki kandungan zat yang boleh ditukarkan kepada tenaga secara alternatif untuk tubuh boleh melakukan aktiviti dengan bebas.

Meredakan Masalah Senggugut

    Anda mengalami masalah senggugut? Mungkin ini petua yang baik untuk anda cuba amalkan. Ambil bahagian dalam kulit durian dan haluskan dan dimakan secukupnya sahaja.  Apabila senggugut anda berkurangan bilaskan perut anda dengan meminum air suam.

Mengatasi Jerawat di Wajah

    Mengatasi masalah jerawat boleh dikawal dengan bahan semulajadi. Cara yang mudah adalah dengan menggunakan kulit durian. Ambil kulit durian dan dibakar lalu dihaluskan. Serbuk durian tersebut di sapu di bahagian muka dengan membuat masker. Amalkan cara ini dengan rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Menghilangkan Bau Mulut

    Bau durian sangat lah kuat. Selepas memakan isi buah durian akan meninggalkan baunya di dalam mulut. Oleh itu, tuangkan air kedalam kulit durian lalu gunakan air tersebut untuk berkumur. Hal ini dapat mengurangi bau durian di mulut dan anda bebas untuk bersembang dengan orang sekeliling.

Dapat Menghalau Nyamuk

    Aroma pada kulit durian ternyata boleh menghalau nyamuk, bau durian sebenarnya adalah salah satu aroma yang tidak disukai oleh nyamuk. Kulit buah ini sesuai digunakan sebagai penghalau nyamuk. Caranya, dengan membakar kulit durian dan biarkan asapnya tersebar di kawasan yang ingin dihalau nyamuk terutama semasa anda berada di dusun.

Memekatkan Makanan

    Kulit durian yang dijadikan tepung dapat dijadikan pengental atau memekatkan makanan yang sihat. Tepung kulit durian boleh menggantikan tepung jagung dan ubi kayu. Rasa tepung kulit durian tidak akan mengubah atau mempengaruhi rasa makanan atau masakan yang anda buat.


Inilah 10 manfaat dan khasiat kulit durian untuk kesihatan dan kecantikan. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Jangan lupa kongsikan untuk pengetahuan bersama. Kami percaya setiap tumbuhan mempunyai cerita. Semoga berjumpa lagi di lain artikel.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bunga Kencana atau Ruellia perhiasan taman yang bermanfaat

Pokok bungga kencana bermanfaat untuk kesihatan . Pokok bunga kencana ini menjadi salah satu dariada bunga hiasan penghias taman yang indan. Namun siapa tahu bunga ini juga bermanfaat untuk kesihatan. Bunga Ruellia Unggu, Putih dan Pink Pokok Bunga Kencana atau Ruellia merupakan bunga jenis rumputan liar. Mudah ditemukan di padang rumput. Pokok ini didalam famili Acanthaceae yang mempunyai bunga yang pelbagai warna seperti unggu (Ruellia Simplex), putih (White dwarf Ruellia) dan pink ( Ruellia Tuberosa). Pokok ini sangat senang membiak dengan dua cara iaitu melalui keratan batang dan bijih benih, Bagi bunga berwarna putih dan pink akan mengeluarkan biji selepas berbunga. Apabila bijih benih matang ianya akan meletup. atau terkena air, akan tetapi bagi berwarna unggu tidak mengeluarkan biji. Sayangnya tempoh mekar bungga ini hanyalah sehari lalu bunganya akan layur dan gugur ke tanah. Pokok Bunga Kencana ini mempunyai ketinggian mencapai 1 meter panjang dan tumbuh meliar, tetapi kini po

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar.  Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Perut

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan . Mungkin ramai diluar sana yang masih belum mengetahui akan manfaat yang terdapat atau terkandung didalam buah yang satu ini. Berikut disertakan manfaat buah mertajam dan tips penjagaan pokok tersebut. Buah Mertajam Pokok Buah Mertajam atau Terajan merupakan tumbuhan liar yang biasa dijumpai di semak belukar di negara beriklim tropikal. Seperti di Malaysia pokok Mertajam ini tumbuh meliar terutama dikawasan persawahan. Pokok Mertajam mempunyai pelbagai nama lain seperti Terajang, Terjang, Kelayu dan Terjam. Nama saintifik bagi pokok ini ialah Eriglossum rubiginosumbl didalam famili atau keluarga Sapindaceae. Secara kasarnya daun pokok Mertajam seakan-akan dengan pokok rambutan cuma buahnya berbeza. Buah Mertajam mempunyai rasa yang tersendiri. Rasanya kelat-kelat manis membuatkan buah ini menjadi rebutan anak-anak kampung apabila tiba musim berbuah. Musim untuk pokok ini berbunga dan menghasilkan buah adalah sebanyak dua ka