Pokok Betik |
Pokok atau tanaman betik banyak ditemukan di perkarangan rumah mahupun di kebun-kebun. Pokok betik hidup di negara beriklim tropikal yang memberikan pelbagai manfaat. Siapa sahaja yang tidak mengenali atau merasa buah betik. Buah betik yang mempunyai rasa yang manis banyak digemari oleh masyarakat.
Tahukah anda selain buah betik yang manis, bahagian lain pokok betik seperti akar, daun, bunga dan getahnya yang mempunyai manfaat. Mungkin bagi yang pernah merasakan tentu tahu rasanya agak pahit. Namun disesetengah tempat bunga betik banyak dijadikan menu masakan untuk santapan bersama keluarga kerana kaya dengan manfaat untuk kesihatan.
Manfaat Pokok Betik
Daun dan Buah Betik (Pokok Betina) |
Dapat Mengubati Demam Berdarah
Demam berdarah atau demam Denggi disebabkan oleh gigitan nyamuk yang tersebar keseluruh badan melalui saluran darah. Cara untuk merawatnya adalah dengan cara memakan daun betik. Merebus daun betik dan meminum airnya dapat mencegah penularan demam denggi.
Baik Untuk Hati
Seperti buah betik, daun betik juga bertindak sebagai pembersih hati. Untuk itu daun betik dipercayai dapat mengubati beberapa penyakit berkait dengan hati seperti penyakit kuning. Minum jus daun betik dapat merawat masalah pada hati.
Membantu pencernaan
Enzyme yang terkandung dalam daun betik berfungsi untuk membersihkan usus besar dan usus kecil. Daun betik berfungsi juga untuk mencegah masalah sembelit dan susah membuang air besar. Seringlah memakan pucuk betik yang dijadikan ulam-ulaman untuk membantu pencernaan. Selain daun, bunganya juga berperanan sama iaitu menjadi ejen pencernaan.
Membantu mengubati Masalah Kulit
Kandungan vitamin C & A dalam daun betik dapat meningkatkan kesihatan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat dan glowing. Selain itu, dapat mencegah bertumbuhan mikroorganisma yang berlebihan, membersihkan kulit dari racun, mengawal masalah kulit seperti masalah jerawat dan mengecilkan liang pori.
Meningkatkan pertumbuhan rambut
Ekstrak daun betik dipercayai meningkatkan kadar pertumbuhan rambut dan mengawal keguguran rambut. Mencegah dari pembotakan rambut. Ini adalah alasan kenapa sering diguna pakai dalam bahan pembuatan syampu terutama syampu anti kelemumur. Ekstrak daun betik mampu membersihkan kotoran dan minyak di kulit kepala.
Bunga Betik (Pokok Jantan) |
Menambah dan Mengembalikan Selera Makan
Bila kanak-kanak kurang selera makan tidak menjadi masalah untuk memanfaatkan bunga betik sebagai ubat untuk mengembalikan selera makan yang hilang. Cara ini telah banyak diguna pakai di asia termasuk di Malaysia.
Melancarkan Peredaran Darah
Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi dengan kerap memakan bunga betik boleh dijadikan ubatan alternatif kepada anda. zat pada bunga betik sangat berguna untuk mengatur peredaraan darah di dalam tubuh badan. Hal ini dapat mengembalikan tekanan darah ke tahap yang lebih baik atau normal.
Mencegah kanser
Anti oksidan yang terkandung dalam bunga betik dapat berfungsi mengatasi kemasukan redikal bebas dalam tubuh yang menjadi punca atau penyebab bermacam jenis sel kanser. Fungsi lain adalah dapat menjaga dan menstabilkan sistem kekebalan pada tubuh badan manusia.
Mengawal Kencing Manis atau Diabetes
Kandungan dalam bunga betik membantu menurunkan kadar insulin dalam tubuh penyebab berlakunya masalah kencing manis. Walau bagai manapun masih belum ada penelitian ilmiah yang menyatakan tentang bunga betik boleh menyembuhkan atau mengawal kencing manis. Namun pada zaman dahulu nenek moyang kita memakan bunga betik untuk mengawal gula dalam darah mereka. Dipetik dari Health Benefits, Dr. Shikarha tidak menafikan hal ini. Beliau menyatakan bunga betik banyak mengandungi vitamin yang bertindak menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kencing manis. Lebih baik sentiasa rujuk kepada pakar.
Menurunkan Berat Badan
Bunga betik yang mempunyai kandungan vitamin A, B & C walaupun tidak sebanyak kandungan pada buahnya. Akan tertapi bunga betik mempunyai manfaat menurunkan berat badan dan mengawal berat badan.
Inilah 10 manfaat pokok betik yang jarang diketahui umum. Perlu sentiasa ingat bahawa tahap keperluan dan kesihatan setiap manusia adalah berbeza-beza. Sebaiknya jika menghadapi masalah seeloknya mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan. Tetapi yang terpenting tetap menjaga kesihatan.
Kalau anda tertarik dengan informasi yang dikongsikan jangan lupa untuk kongsikan dan janggan lupa follow untuk mendapatkan maklumat berkaitan tumbuh-tumbuhan. Kami percaya tiap tumbuhan punya cerita.
Terima Kasih kerana sudi click dan meluangkan masa membaca artikal ini.
Ulasan
Catat Ulasan