Langkau ke kandungan utama

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar.  Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Perut

Pokok Paku Langsuir ku tumpang budi pohon yang tinggi

Pokok Paku Langsuir memunyai faktar dan mitos yang tersendiri berkaitan pokok pakuan jenis ini yang menarik untuk kita ketahui. Berikut beberapa faktar dan mitos berkaitan pokok paku langsuir atau langsuyar ini.

Pokok Paku Langsuir


Pokok Paku Langsuir tidak asing jika nama ini disebut pasti tidak asing bagi mereka yang tinggal dipinggir hutan dan kaki bukit. Paku langsuir mempunyai pelbagai nama antaranya seperti; Sakat/ Langsuyar/ Sarang burung atau dalam bahasa Inggrisnya Bird Nest Fern.

Nama botaninya atau saintifik bagi Paku Langsuir iailah Asplenium nidus adalah spesies paku pakis epifit dalam keluarga Asplenianceae, yang berasal dan boleh didapati di Asia Tenggara beriklim tropika, Australia timur, India, Afrika Timur dan beberapa negara lainya.

Pokok Paku Langsuir sesuai dijadikan hiasan landskap di taman, balkon kediaman atau didalam rumah dikeranakan pokok ini tidak memerlukan cahaya matahari langsung dan menggembari kelembapan yang tinggi. Uniknya pokok ini berkembang biak melalui spora yang dihasilkan oleh induknya.

Beberapa Koleksi Langsuir Penulis

Faktar

Pokok Langsuir bukan pokok parasit yang mendapatkan nutrien dari tumbuhan atau pohon tumpanganya. Pokok ini mendapatkan nutrien yang diperlukan melalui akarnya yang seperti span sesuai yang tertulis pada tajuk 'Ku tumpang budi pohon yang tinggi' kerana ia hanya sekadar menumpang untuk kelangsungan hidup dan memudahkan perlepasan spora untuk pembiakan bila berada di ketinggian. Sebagai bukti pokok ini mampu meneruskan kelangsungan hidup di tumbuhan mati dan celahan batu-batuan. 

Pokok Langsuir ini tumbuh secara meliar. Pohon ini mudah ditemui di kawasan hutan yang kadar kelembapanya tinggi. Misalnya, boleh didapati di ladang-ladang getah atau kelapa sawit (tumbuhan ini membiak di celah-celah pelepah sawit yang telah mati dan dahan-dahan pepohon getah).

Koleksi Langsuir Penulis yang Digantung 

Mitos

Zaman dahulu pelbagai kisah dan cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut tentang Pokok Paku Langsuir ini. Cerita ini juga turut diwarisi generasi ke generasi. Nak diceritakan di zaman dahulu Pokok Paku Langsuir ini menjadi tempat persinggahan atau istirehat makhluk bernama Langsuir. Pohon ini merupakan pohon kesukaan makhluk ini. Sukar dipastikan sejauh mana kebenaran bahawa Pokok Pakis ini mendapat namanya Paku Langsuir berasal-usul dari cerita ini. Pesan orang dulu-dulu apabila memasuki hutan hindarilah dari berteduh dibawah pepohonan yang didahanya ada pokok Langsuir.

Mari berfikir secara logik akal. Orang-orang terdahulu mereka cerita sedemikian untuk mengelakan anak-anak mereka bermain dibawah tumbuhan tersebut disebabkan permukaan pakis tersebut berbentuk seperti mangkuk dan akarnya yang menyimpan air. Menjadikan didalam pohon tersebut lembab dan suhu yang sejuk. Persekitaran ini merupakan habitat bagi binatang dan serangga yang berbisa. Mereka bimbang takut serangga atau binatang tersebut jatuh dan keatas anak-anak mereka. Ialah malang tidak berbau.

Dapat saya simpulkan disini bahawa dalam mengusik membawa kebaikan, orang tua-tua selalu berpesan secara tersirat, kita sendiri yang mesti berfikir untuk mendapatkan jawapan dari persolan tersebut. Setakat ini saja perkongsian yang dapat saya berkongsi tentang 'Pokok Paku Langsuir' dengan pembaca semua. Tentang kepercayaan berbalik atas diri kita masing-masing. 

Terima Kasih.


Ulasan

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bunga Kencana atau Ruellia perhiasan taman yang bermanfaat

Pokok bungga kencana bermanfaat untuk kesihatan . Pokok bunga kencana ini menjadi salah satu dariada bunga hiasan penghias taman yang indan. Namun siapa tahu bunga ini juga bermanfaat untuk kesihatan. Bunga Ruellia Unggu, Putih dan Pink Pokok Bunga Kencana atau Ruellia merupakan bunga jenis rumputan liar. Mudah ditemukan di padang rumput. Pokok ini didalam famili Acanthaceae yang mempunyai bunga yang pelbagai warna seperti unggu (Ruellia Simplex), putih (White dwarf Ruellia) dan pink ( Ruellia Tuberosa). Pokok ini sangat senang membiak dengan dua cara iaitu melalui keratan batang dan bijih benih, Bagi bunga berwarna putih dan pink akan mengeluarkan biji selepas berbunga. Apabila bijih benih matang ianya akan meletup. atau terkena air, akan tetapi bagi berwarna unggu tidak mengeluarkan biji. Sayangnya tempoh mekar bungga ini hanyalah sehari lalu bunganya akan layur dan gugur ke tanah. Pokok Bunga Kencana ini mempunyai ketinggian mencapai 1 meter panjang dan tumbuh meliar, tetapi kini po

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar.  Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Perut

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan . Mungkin ramai diluar sana yang masih belum mengetahui akan manfaat yang terdapat atau terkandung didalam buah yang satu ini. Berikut disertakan manfaat buah mertajam dan tips penjagaan pokok tersebut. Buah Mertajam Pokok Buah Mertajam atau Terajan merupakan tumbuhan liar yang biasa dijumpai di semak belukar di negara beriklim tropikal. Seperti di Malaysia pokok Mertajam ini tumbuh meliar terutama dikawasan persawahan. Pokok Mertajam mempunyai pelbagai nama lain seperti Terajang, Terjang, Kelayu dan Terjam. Nama saintifik bagi pokok ini ialah Eriglossum rubiginosumbl didalam famili atau keluarga Sapindaceae. Secara kasarnya daun pokok Mertajam seakan-akan dengan pokok rambutan cuma buahnya berbeza. Buah Mertajam mempunyai rasa yang tersendiri. Rasanya kelat-kelat manis membuatkan buah ini menjadi rebutan anak-anak kampung apabila tiba musim berbuah. Musim untuk pokok ini berbunga dan menghasilkan buah adalah sebanyak dua ka