Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar. Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Perut
Pokok bungga senduduk bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Bunga senduduk ini mudan ditemukan dan dianggap rumpai akan tertapi tidak disangka ia juga bermanfaat dan sering digunakan dalam perubatan tradisional.
Bungga Senduduk |
Pokok senduduk merupakan tumbuh-tumbuhan yang biasa tumbuh secara meliar. Tumbuhan ini juga tergolong dalam ketegori rumpai. Pokok ini sering menjadi musuh dalam kalangan petani. Ketinggian pokok ini boleh mencapai sehingga 1.5 meter. Ianya juga sejenis pohon renek dan bercabang yang sering mengeluarkan bunga dan buah.
Pokok senduduk mudah didapati kerana tersebar luas di negara kita. Bijih benih akan bercambah dikawasan baru dengan cara penyebaran melalui haiwan dan serangga kerana buahnya yang berwarna unggu dan enak dapat menarik serangga dan haiwan untuk menikmati buahnya. Pokoknya mampu bertahan hidup di pelbagai jenis tanah.
Manfaat
- Mengatasi masalah buasir. Pokok senduduk boleh menjadi penawar kepada penyakit buasir. Caranya dengan merebus sepokok senduduk dan meminum air rebusanya.
- Melegakan sakit gigi. Caranya merebus pokok senduduk lalu biarkan air menjadi suam. Air rebusan pokok senduduk dibuat untuk berkumur untuk mengurangi rasa sakit pada gigi.
- Membuang anggin didalam badan, lenguh sendi dan urat serta merawat sakit tulang. Caranya adalah dengan rutin meminum air rebusan dan air rebusanya juga dibuat mandi.
- Penawar bisa ulat bulu. Daun senduduk ditumbuk hingga lumat dan ditampalkan pada bahagian yang terkena bisa. Campurkan sekali dengar daunnya yang telah gugur.
- Merawat cirit-birit dan berak berdarah. Caranya dengan meminum air rebusan pokok senduduk, lebih elok diminum ketika masih suam atau panas.
- Merawat parut kesan dari campak dan berteh. Caranya tumbuk daun senduduk sehingga menjadi pes lalu ditampal pada area yang berparut.
- Menghintikan darah pada luka ringan. Caranya tumbuk daun hingga lumat dan balutkan dikawasan yang terluka. Pastikan daun dibersihkan agar tidak berlaku jangkitan kuman pada luka atau ambil buahnya dan dipicit dikawasan luka.
Ulasan
Catat Ulasan