Langkau ke kandungan utama

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar.  Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Perut

Khasiat dan manfaat daun durian belanda untuk kesihatan dan kecantikan

Khasiat dan manfaat daun durian belanda untuk kesihatan dan kecantikan. Buah durian belanda cukup popular di kalangan masyarakat. Disebabkan rasa buahnya yang manis dan segar menjadikan air buah durian belanda menjadi pilihan terutama di musim panas. Tahukah anda selain buahnya daun durian belanda juga mempunyai khasiat yang boleh dimanfaatkan.


Pokok Durian Belanda


Pokok durian belanda kini banyak ditanam secara komersial di negara kita iaitu Malaysia sehingga sudah terbiasa dengan pokok ini. Selain buah durian belanda yang manis dan ranum ternyata daunnya dapat dimanfaatkan untuk kesihatan dan kecantikan.

Khasiat dan Manfaat Daun Durian Belanda untuk Kesihatan dan Kecantikan:

Mencegah Pertumbuhan Sel Kanser

Air rebusan daun durian belanda dapat mencegah pertumbuhan sel kanser atau barah. Telah banyak kajian telah menunjukkan bahawa daun durian belanda dapat menghambat pertumbuhan sel kanser. Daun durian belanda mempunyai senyawa bioaktif. Senyawa ini dapat membantu tubuh untuk melawat sel kanser. Caranya rebus 10 helai daun durian belanda dengan 3 gelas air, rebus sehingga tersisa isipadu air lebih kurang segelas air. Minum dengan kekerapan 2 kali sehari berturut selama 2 minggu.

Merawat Kulit Muka atau Wajah

Memiliki rupa paras yang cantik dan mulus dengan bebas dari jerawat bintik hitam dan putih pada bahagian wajah menjadi idaman setiap orang terutamanya mereka yang mementingkan penampilan. Banyak orang memilih untuk merawat kulit muka dengan produk kosmetik yang banyak terdapat di pasaran. Ternyata perawatan kulit wajah boleh dilakukan secara semulajadi seperti menggunakan daun durian belanda sebagai masker wajah. Untuk membuat masker dari daun ini sangat mudah dan jimat. Bahannya dan cara penyediaan juga senang iaitu sediakan segelas air dan 7-8 helai daun durian belanda. Haluskan daun durian belanda dengan air dan sapukan sekata di seluruh wajah. Biarkan kering sekitar 10-15 minit dan bilas dengan air bersih. Berdasarkan kajian yang dibuat, kandungan didalam daun durian belanda dapat mengatasi bakteria penyebab jerawat dan masalah lain pada kulit muka atau wajah.

Mengubati Gout

Senyawa bioaktif yang terkandung dalam daun durian belanda mampu menyingkirkan masalah gout. Caranya dengan merebus daun durian belanda 6 ke 10 helai dengan isipadu air sebanyak 2 gelas sehingga isipadu air berbaki segelas air. Minum air rebusan ini 2 kali dalam sehari.

Mengubati Kencing Manis atau Diabetes

Kajian ilmiah juga membuktikan daun durian belanda dapat menurunkan kadar gula dalam darah dengan merangsang hormon insulin yang akan mengubah glukosa menjadi tenaga. Rebus 5 helai daun durian belanda dengan 2 gelas air sehingga berbaki segelas air.

Membantu Tidur Lebih Lena atau Nyenyak

Daun durian belanda juga telah di proses menjadi teh. Daun durian belanda juga membuat tidur lebih berkualiti. Kandungan bioaktif dalam daun durian belanda dapat membantu tubuh badan berehat dengan lebih baik. Teh daun durian belanda dapat mengubati insomnia.

Mengubati kolesterol

Perlu diketahui daun durian belanda dapat menurunkan kolesterol bagi penghidap kolesterol tinggi. Daun durian belanda direbus lebih kurang 10 helai daun dengan 3 gelas air. Pilih daun yang lebih tua rebus sehingga baki air lebih kurang 1-2 gelas air sahaja. Minum setiap pagi.


Inilah 6 khasiat daun durian belanda yang dapat dikongsikan sebagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Perlu diingat information ini sekadar perkongsian. Jika memiliki sebarang masalah kesihatannya sebaiknya merujuk kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang perubatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bunga Kencana atau Ruellia perhiasan taman yang bermanfaat

Pokok bungga kencana bermanfaat untuk kesihatan . Pokok bunga kencana ini menjadi salah satu dariada bunga hiasan penghias taman yang indan. Namun siapa tahu bunga ini juga bermanfaat untuk kesihatan. Bunga Ruellia Unggu, Putih dan Pink Pokok Bunga Kencana atau Ruellia merupakan bunga jenis rumputan liar. Mudah ditemukan di padang rumput. Pokok ini didalam famili Acanthaceae yang mempunyai bunga yang pelbagai warna seperti unggu (Ruellia Simplex), putih (White dwarf Ruellia) dan pink ( Ruellia Tuberosa). Pokok ini sangat senang membiak dengan dua cara iaitu melalui keratan batang dan bijih benih, Bagi bunga berwarna putih dan pink akan mengeluarkan biji selepas berbunga. Apabila bijih benih matang ianya akan meletup. atau terkena air, akan tetapi bagi berwarna unggu tidak mengeluarkan biji. Sayangnya tempoh mekar bungga ini hanyalah sehari lalu bunganya akan layur dan gugur ke tanah. Pokok Bunga Kencana ini mempunyai ketinggian mencapai 1 meter panjang dan tumbuh meliar, tetapi kini po

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar.  Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Perut

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan . Mungkin ramai diluar sana yang masih belum mengetahui akan manfaat yang terdapat atau terkandung didalam buah yang satu ini. Berikut disertakan manfaat buah mertajam dan tips penjagaan pokok tersebut. Buah Mertajam Pokok Buah Mertajam atau Terajan merupakan tumbuhan liar yang biasa dijumpai di semak belukar di negara beriklim tropikal. Seperti di Malaysia pokok Mertajam ini tumbuh meliar terutama dikawasan persawahan. Pokok Mertajam mempunyai pelbagai nama lain seperti Terajang, Terjang, Kelayu dan Terjam. Nama saintifik bagi pokok ini ialah Eriglossum rubiginosumbl didalam famili atau keluarga Sapindaceae. Secara kasarnya daun pokok Mertajam seakan-akan dengan pokok rambutan cuma buahnya berbeza. Buah Mertajam mempunyai rasa yang tersendiri. Rasanya kelat-kelat manis membuatkan buah ini menjadi rebutan anak-anak kampung apabila tiba musim berbuah. Musim untuk pokok ini berbunga dan menghasilkan buah adalah sebanyak dua ka