Langkau ke kandungan utama

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar.  Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Pe...

Manfaat daun Mulberry untuk kesihatan

Manfaat daun Mulberry untuk kesihatan. Sebilangan besar rakyat Malaysia mukin telah mengenali dan memiliki tanaman yang bernama Mulberry ini. Daun Mulberry sedikit kasar dan bergerigi di pinggir daunnya. Selama ini kita hanya mengenali khasiat yang terkandung didalam buahnya sahaja. Akan tetapi daunnya juga baik untuk kesihatan.

Daun Pokok Mulberry


Dinegara Cina pokok Mulberry ditanam secara komersial untuk dijadikan herba dan buahnya dijadikan sirup minuman dan pelbagai makanan lainya yang menggunakan buah Mulberry.

Tidak hairanlah jika daun Mulberry ini dijadikan sebagai herba kerana didalam daunnya terkandung banyak kandungan zat yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

Manfaat Daun Mulberry untuk Kesihatan:

Meredakan Demam Panas

Manfaat daun Mulberry yang pertama iaitu dapat menurunkan suhu panas yang tinggi akibat demam. Caranya ramaskan daun Mulberry kedalam air lalu air rendan tersebut dibuat mandi dan basuhan kepala.

Merawat Insomnia

Kandungan bioaktif di dalam daun Mulberry mampu membuat anda rasa nyaman dan tenang sehingga dapat membantu pola tidur anda menjadi teratur. Caranya ialah ambil pucuknya dicelur atau dimakan mentah sebagai ulam.

Mengawal Kencing Manis atau Diabetes

Daun Mulberry dapat membantu menjaga kandungan gula di dalam tubuh badan sehingga kandungan gula tidak akan tinggi terlalu cepat. Bagi mereka yang mempunyai simptom kencing manis atau diabetes boleh mengamalkan penggunaan daun ini. Rebus 3-5 helai daun Mulberry dan minum airnya.

Merawat Masalah Keputihan Pada Wanita

Khasiat daun Mulberry sangat bermanfaat bagi kaum Hawa yang mempunyai masalah keputihan. Daun ini mampu mengurangkan keputihan dan mengurangkan bau yang kurang menyenangkan. Rebus daun Mulberry dan minum airnya sekurang-kurangnya sekali sehari.

Menguatkan Gigi dan Tulang

Daun Mulberry boleh dimanfaatkan untuk menguatkan gigi dan tulang. Senyawa sihat yang terkandung dalam daun Mulberry mampu menguatkan tulang dan mencegah sakit gigi. Caranya jadikan pucuk muda daun Mulberry sebagai ulam-ulaman.

Baik untuk Kesihatan Jantung

Siapa sangka jika daun Mulberry juga berupaya untuk menyihatkan jantung. Banyak orang diluar sana yang menyangka untuk menjaga kesihatan jantung memerlukan kos perubatan yang tinggi. Dengan menggunakan daun ini sahaja dapat menyihatkan jantung. Caranya dengan meminum air rebusan daun Mulberry atau dapat juga minum teh daun Mulberry yang dijual di pasaran.

Mencegah Angin Ahmar atau Strok

Angin Ahmar atau strok adalah salah satu penyakit yang paling ditakutkan oleh masyarakat. Sebagai satu ikhtiar perubatan untuk mencegah penyakit ini dengan penggunaan daun Mulberry. Sering jadikan pucuk daun Mulberry sebagai ulam dimakan bersama nasi.

Mengawal Kolestrol

Kolesterol jahat yang banyak didalam tubuh badan akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit lainnya. Untuk mencegah kolestrol jahat boleh menggunakan daun Mulberry. Daun Mulberry mampu mengurangkan tingkat kolesterol dalam tubuh badan. Minum teh daun Mulberry atau pucuknya dijadikan ulam.

Mengawal Berat Badan

Kandungan sihat dalam daun Mulberry dapat menjaga kestabilan berat badan sehingga boleh disimpulkan daun Mulberry mampu mencegah obesiti. Cara terbaik adalah setiap kali makan makanan berat disertakan dengan memakan pucuk muda Mulberry sebagai ulam. Boleh dimakan terus atau dicelur seketika berdasarkan cita rasa masing-masing.

Mengeluarkan Racun Dalam Badan

Daun Mulberry juga mampu mendetoks tubuh badan. Kandungan zat aktif dalam daun Mulberry dapat mengeluarkann kandungan racun yang terkandung didalam badan manusia sebagai detox. Caranya dengan meminum teh daun Mulberry setiap pagi atau memakan daunnya yang masih muda sebagai ulam.


Inilah 10 manfaat daun Mulberry berdasarkan beberapa sumber berkait perubatan tradisional. Penjagaan kesihatan tubuh badan adalah sangat penting. Perkongsian tentang manfaat daun Mulberry ini dapat diamalkan sebagai ikhtiar dalam perubatan secara tradisional. Seperti biasa setiap orang mempunyai tingkat kesihatan yang berbeza-beza. Dapat disimpulkan pengambilan ubat-ubatan secara tradisional disarankan tidak secara berlebihan kerana ini dapat mengundang masalah lainya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan . Mungkin ramai diluar sana yang masih belum mengetahui akan manfaat yang terdapat atau terkandung didalam buah yang satu ini. Berikut disertakan manfaat buah mertajam dan tips penjagaan pokok tersebut. Buah Mertajam Pokok Buah Mertajam atau Terajan merupakan tumbuhan liar yang biasa dijumpai di semak belukar di negara beriklim tropikal. Seperti di Malaysia pokok Mertajam ini tumbuh meliar terutama dikawasan persawahan. Pokok Mertajam mempunyai pelbagai nama lain seperti Terajang, Terjang, Kelayu dan Terjam. Nama saintifik bagi pokok ini ialah Eriglossum rubiginosumbl didalam famili atau keluarga Sapindaceae. Secara kasarnya daun pokok Mertajam seakan-akan dengan pokok rambutan cuma buahnya berbeza. Buah Mertajam mempunyai rasa yang tersendiri. Rasanya kelat-kelat manis membuatkan buah ini menjadi rebutan anak-anak kampung apabila tiba musim berbuah. Musim untuk pokok ini berbunga dan menghasilkan buah adalah sebanyak dua ka...

Khasiat dan manfaat daun pandan wangi untuk kesihatan

Manfaat pokok pandan wangi untuk kesihatan dan kecantikan . Pokok pandan tidaklah asing lagi dalam kalangan masyarakat kerana ia merupakan pelengkap kepada sesuatu masakan moden mahupun tradisonal. Tidak dapat dinadikan pelbagai khasiat yang boleh diperoleh daripada daun pandan untuk kesihatan mahupun kecantikan. Pokok Pandan Wangi Pokok pandan merupakan tumbuhan beriklim tropis jadi tidak asing lagi bagi kita untuk menjumpai tanaman ini. Tanaman pandan ini merupakan tanaman wajib untuk setiap orang dikeranakan tanaman pandan atau daun pandai ini merupakan salah satu bahan dalam masakan di alam melayu dan asia. Daun pandan mempunyai haruman atau aroma yang wangi sehingga ramai orang menggunakan sebagai pewangi masakan dan dijadikan perwarna untuk pelbagai kuih-muih tradisional. Pokok atau daun pandang ternyata tidak sekadar sebagai perwarna dan penambah aroma masakan sahaja. telah banyak penelitian yang dijalankan tentang khasiat dan manfaat daun pandan untuk kesihatan. Hal inilah yang...

Manfaat dan khasiat daun nangka untuk kesihatan dan kecantikan

Manfaat dan khasiat daun nangka untuk kesihatan dan kecantikan . Daun nangka mempunyai khasiat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Pokok nangka bukan lah tumbuhan yang sukar dijumpa terutama mereka yang tinggal di kawasan luar banda. Siapa tahu sebenarnya daun nangka mempunyai manfaat untuk kesihatan. Daun Nangka Pokok nanga merupakan tumbuhan beriklim katulistiwa atau tropikal. Jadi tidak asing lagi pokok ini mudah ditemukan dimana-mana terutama negara kita Malysia. Buah nangka juga menjadi salah satu buah-buahan yang popular dalam kalangan peminat buah. Baun buah yang enak serta isinya yang manis diminati serta biji nangka yang direbus bersama air garam enak dimakan dan dijadikan kudap-kudapan. Namun siapa tahu, selain buah dan biji nagka yang dapat dimakan, kandungan pada daun nangka juga banyak memberi manfaat untuk kesihatan. Daun nangka berpotensi mengawal dan mencegah penularan penyakit yang dihidapi. Amalan ini amat sesuai bagi peminat herba tradisional untuk merawat penyaki...