Langkau ke kandungan utama

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat

Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar.  Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Pe...

Manfaat pokok sirih cina untuk kesihatan dan kecantikan

Manfaat pokok sirih cina untuk kesihatan dan kecantikan. Pokok sirih cina tergolong dalam golongan rumput liar. Pokok sirih cina dapat ditemukan dikawasan yang agak lembab seperti longkang, pinggiran sawah dan kebiasaanya yang sering tumbuh didalam pasu dan dibawah pepohonan.

Pokok Sirih Cina


Pokok ini sering dicabut dan dibuang kerana sering dianggap sebagai rumpai yang tidak bermanfaat. Padahal pokok sirih cina ini mempunyai pelbagai khasiat yang dapat diamalkan sebagai perubatan herba.

Pokok sirih cina mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah seperti sirih cina, ketumpang air, sirih mini, tumpangan air dan pelbagai nama lain. Ciri-ciri pokok ini memiliki kandungan air sebanyak 90%, akar yang dan dahan agak rapuh dan batang berwarna putih, daun seakan daun sirih berwarna hijau tua. Boleh dimakan mentah, dijadikan sayur dan direbus dan airnya diminum.

Manfaat Pokok Sirih Cina untuk Kesihatan dan Kecantikan:

Mengubati Bisul

Mengawal Pertumbuhan Jerawat

Mengubati Radang Kulit

Mengubati Luka Bakar

Mengubati Bengkak

Mengubati Sakit Urat atau Lenguh Badan

Mengubati Sakit Sendi

Mengatasi Sakit Buah Pinggang

Melegakan Sakit Kepala

Mengubati Sakit Perut

Membantu Mengurangkan Sakit Gout

Cara penggunaan pokok sirih cina untuk merawat masalah tersebut hampir sama iaitu caranya boleh dimakan terus, cuci bersih pokok sirih cina dan makan bersama nasi. Rasa sirih cina ini agak sejuk dan agak ada rasa pedas, jika tidak suka pedas boleh buang bunganya terlebih dahulu.

Cara lainya iaitu, rebus pokok sirih cina sekitar 15 minit dan minum air rebusan daun sirih cina ini 2 kali sehari.

Untuk merawat masalah jerawat, selain dua cara diatas iaitu haluskan pokok sirih cina dalam kuantiti yang diperlukan, selepas halus campur sedikit tepung beras dan tampal di wajah sebagai masker biarkan mengering selama 20 minit dan cuci dengan air bersih. Lakukan cara ini 3 kali seminggu.

Peringatan! Masker pokok sirih cina ini mungkin akan menimbulkan rasa pedih dan sedikit gatal berdasarkan tahap jerawat pada wajah. Tapi hal ini tidak akan mendatangkan kesan sampingan terhadap kulit. Sekiranya kulit wajah membembengkak atau mendatangkan kesan sampingan seeloknya hentikan penggunaan.


Inilah beberapa manfaat pokok sirih cina untuk kesihatan dan kecantikan. Perkongsian ini hanyalah sekadar pendedahan tentang khasiat yang terdapat pada tumbuhan ini yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan perubatan alternatif. Maklumat yang disampaikan ini bersumberkan kajian ilmiah yang telah dikaji sejauh mana keberkesanan terhadap tindak balas tumbuhan ini dalam perubatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan

Pokok buah mertajam bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan . Mungkin ramai diluar sana yang masih belum mengetahui akan manfaat yang terdapat atau terkandung didalam buah yang satu ini. Berikut disertakan manfaat buah mertajam dan tips penjagaan pokok tersebut. Buah Mertajam Pokok Buah Mertajam atau Terajan merupakan tumbuhan liar yang biasa dijumpai di semak belukar di negara beriklim tropikal. Seperti di Malaysia pokok Mertajam ini tumbuh meliar terutama dikawasan persawahan. Pokok Mertajam mempunyai pelbagai nama lain seperti Terajang, Terjang, Kelayu dan Terjam. Nama saintifik bagi pokok ini ialah Eriglossum rubiginosumbl didalam famili atau keluarga Sapindaceae. Secara kasarnya daun pokok Mertajam seakan-akan dengan pokok rambutan cuma buahnya berbeza. Buah Mertajam mempunyai rasa yang tersendiri. Rasanya kelat-kelat manis membuatkan buah ini menjadi rebutan anak-anak kampung apabila tiba musim berbuah. Musim untuk pokok ini berbunga dan menghasilkan buah adalah sebanyak dua ka...

Khasiat dan manfaat daun pandan wangi untuk kesihatan

Manfaat pokok pandan wangi untuk kesihatan dan kecantikan . Pokok pandan tidaklah asing lagi dalam kalangan masyarakat kerana ia merupakan pelengkap kepada sesuatu masakan moden mahupun tradisonal. Tidak dapat dinadikan pelbagai khasiat yang boleh diperoleh daripada daun pandan untuk kesihatan mahupun kecantikan. Pokok Pandan Wangi Pokok pandan merupakan tumbuhan beriklim tropis jadi tidak asing lagi bagi kita untuk menjumpai tanaman ini. Tanaman pandan ini merupakan tanaman wajib untuk setiap orang dikeranakan tanaman pandan atau daun pandai ini merupakan salah satu bahan dalam masakan di alam melayu dan asia. Daun pandan mempunyai haruman atau aroma yang wangi sehingga ramai orang menggunakan sebagai pewangi masakan dan dijadikan perwarna untuk pelbagai kuih-muih tradisional. Pokok atau daun pandang ternyata tidak sekadar sebagai perwarna dan penambah aroma masakan sahaja. telah banyak penelitian yang dijalankan tentang khasiat dan manfaat daun pandan untuk kesihatan. Hal inilah yang...

Manfaat dan khasiat daun nangka untuk kesihatan dan kecantikan

Manfaat dan khasiat daun nangka untuk kesihatan dan kecantikan . Daun nangka mempunyai khasiat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Pokok nangka bukan lah tumbuhan yang sukar dijumpa terutama mereka yang tinggal di kawasan luar banda. Siapa tahu sebenarnya daun nangka mempunyai manfaat untuk kesihatan. Daun Nangka Pokok nanga merupakan tumbuhan beriklim katulistiwa atau tropikal. Jadi tidak asing lagi pokok ini mudah ditemukan dimana-mana terutama negara kita Malysia. Buah nangka juga menjadi salah satu buah-buahan yang popular dalam kalangan peminat buah. Baun buah yang enak serta isinya yang manis diminati serta biji nangka yang direbus bersama air garam enak dimakan dan dijadikan kudap-kudapan. Namun siapa tahu, selain buah dan biji nagka yang dapat dimakan, kandungan pada daun nangka juga banyak memberi manfaat untuk kesihatan. Daun nangka berpotensi mengawal dan mencegah penularan penyakit yang dihidapi. Amalan ini amat sesuai bagi peminat herba tradisional untuk merawat penyaki...