Tanaman herba yang dianggap tanaman liar. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa menjadi negara ini beriklim tropika. Disebabkan perkara ini terdapat ribuan tumbuhan herba yang tumbuh subur di negara ini secara meliar atau dikembang biarkan.
Tanaman merupakan organisma terbanyak di dunia. Pelbagai manfaat dapat didapati daripada tumbuhan seperti sebagai ubatan. Begitu juga tanaman yang tumbuh meliar yang sering dianggap sebagai rumpai sedangkan ia mempunyai kegunaan untuk perubatan tradisional.
Manfaat Tanaman Herba yang Dianggap Tanaman Liar:
Pokok Puteri Malu atau Semalu
Pokok Semalu |
Semalu yang bernama saintifik iaitu Mimosa Pudica. Tanaman yang berinteraksi dengan menutup daunya apabila disentuh dan berduri ini bermanfaat dalam merawat masalah seperti;
- Menurunkan atau meredakan panas
- Merawat masalah sukar untuk kencing
- Mengeluarkan kahak dalam tekak
- Merawat gangguan tidur atau Insomnia
- Menurunkan berat badan
- Menambahkan tenaga
Cara penggunaan ialah:
- Pokok semalu direbus sekitar 15 hingga 20 minit dan airnya diminum.
- Untuk tenaga bahagian yang direbus adalah bahagian akar pokoknya.
Pokok Babadota
Pokok Babadota |
Tumbuhan yang dipercaya berasal dari negara Brazil tetapi ia sangat mudah ditemukan dikawasan tanah terbuka di negara kita. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat yang boleh dimanfaatkan seperti;
- Merawat luka
- Mengubati demam
- Merawat sakit mata
Cara penggunaan ialah:
- Untuk luka bahagian digunakan ialah bahagian daun iaitu dengan meramas daunya lalu ditampat di tempat yang luka.
- Untuk mengubati demam bahagian yang digunakan adalah akarnya yang dihaluskan dan disapukan di bahagian perut.
- Untuk mata pokoknya dihaluskan dan airnya dititiskan ke dalam mata.
Pokok Dukung Anak
Nama saintifiknya iaitu Phyllanthus Urinaria iaitu tanaman rumput yang mudah didapati disekitar kawasan rumah. Tahukah bahawa tanaman ini mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan seperti;
- Ubatan batuk
- Merawat Demam
- Datang bulan atau haid berlebihan
- Penyakit kuning atau Hepatitis
- Dan banyak lagi
Cara penggunaannya ialah:
- Dengan cara pokok dukung anak dikeringkan terlebih dahulu. Setelah kering, pokok dukung anak direbus dengan dijadikan teh kemudian airnya diminum.
- Selain itu, pokok dukung anak ditumbuk hingga halus lalu diperah dan air perasan tersebut terus diminum.
Pokok Sirih Cina atau Ketumpang Air
Tanaman ini biasanya tumbuh dikawasan yang agak lembab. Sekilas pandang pokok ini hanya sekadar rumput atau rumpai yang tidak berguna akan tetapi khasiat tumbuhan ini sangat besar manfaatnya. Manfaat tumbuhan ini seperti;
- Merawat batuk
- Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
- Mengubati sakit perut
- Mengubati bisul, jerawat dan gatal kulit
- Mengatasi bengkak
- Mengawal masalah gout
- Mengawal kencing manis atau diabetes
Cara penggunaan ialah:
- Dimakan sebagai ulam-ulaman bersama nasi.
- Rebus pokok sirih cina lebih kurang 15-20 minit dan airnya diminum.
- Untuk pengguna luar seperti jerawat, bisul, gatal kulit dan bengkak adalah dengan cara ditumbuk halus kemudian dicampur sedikit tepung beras (tanpa campuran pun tidak mengapa) dan tampal pada bahagian tersebut sekitar 20-30 minit lalu dibersihkan.
Inilah 4 rumput atau tumbuhan liar yang sebenarnya adalah tumbuhan herba yang memberi pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Tidak disangka tumbuhan yang dipandang sebelah mata ini sebenarnya sangat bernilai tinggi dalam perubatan. Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat bolehlah mengamalkan herba diatas dalam diet harian.
Ulasan
Catat Ulasan