Daun sekentut yang berbau busuk yang penuh khasiat. Daun sekentut merupakan tumbuhan yang tergolong dalam golongan tanaman tambatan atau menjalar. Tumbuhan ini juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering dijumpai dimana-mana kerana tersebar luas di negara kita secara meliar. Pokok Sekentut Mendapat nama daun atau pokok sekentut dikeranakan daunnya yang berbau busuk dan tidak sedap seakan bau kentut manusia. Daun sekentut ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza disetiap daerah. Ada yang memanggilnya pokok kentut, sekentut dan pelbagai nama yang lain. Tahukah anda pada ketika dahulu daun sekentut ini dijadikan juga sebagai sayuran dan bahan tambahan dalam masakan, keunikan rasanya yang berbeza jauh dari aromanya iaitu mempunyai rasa yang manis tetapi jika terlalu lama dikunyah rasanya akan menjadi sedikit pahit. Pokok sekentut ini telah dijadikan ramuan alternatif dalam perubatan terutama dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat Daun Sekentut yang Boleh Dimanfaatkan: Kembung Perut
Jarang yang mengetahui tentang khasiat rumput bandota . Rumput bandota merupakan golongan dari tumbuhan liar yang mudah membiak. Pertumbuhannya yang sangat cepat dalam jumlah yang terlalu banyak sering menjadikan ia sebagai rumpai yang mengganggu tanaman pertanian. Akan tetapi rumput bandota ini sebenarnya sebahagian daripada tumbuhan yang dapat dimanfaatkan dalam perubatan tradisional. Rumput Bandota Bunga Ungu Rumput bandota kebiasaannya berbunga dengan warna putih dan ada juga yang berbunga dengan warna ungu, ciri khas lain tumbuhan ini ialah mempunyai aroma seakan-akan kambing atau biri-biri atau tidak terlalu menyengat. Manfaat Rumput Bandota: Mengubati Luka Luaran disebabkan Benda yang Tajam Kandungan bioaktif di dalam rumput bandota bertindak sebagai antibakteria sehingga apabila terluka dapat dimanfaatkan rumput ini untuk menutupi atau membalut luka. Caranya juga sangat mudah dengan hanya memetik pucuk atau daunnya dan di cuci bersih lalu digumpal sehingga mengeluarkan air dar